Imam al-Ghazali


Imam al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat mahmudah (terpuji) bagi membentuk hati yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT antaranya:-
.
📌 Taubat : Kembali keburukan kepada kebaikan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

📌 Ikhlas : Menumpukan niat ibadah semata-mata kerana Allah SWT bagi membersihkan hati daripada dosa riyak, ujub, takbur atau ingin akan pujian manusia.

📌 Takut : Rasa gementar, gerun dan takut kepada Allah SWT dengan mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

📌 Zuhud : Jiwa yang sentiasa cukup dengan harta dunia dengan meninggalkan harta apabila seseorang itu tidak suka pada harta dan rasa menderita apabila mendapatkannya.

📌 Sabar : Menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai dan musibah yang melanda seseorang itu.

📌 Syukur : Mengaku dan memuji Allah SWT atas nikmat yang diberikan dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah SWT.

📌 Tawakal : Menetapkan hati dan berserah kepada Allah SWT pada segala perkara yang berlaku.

📌 Redha : Menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan oleh Allah SWT sama ada berbentuk nikmat atau berbentuk musibah.

📌 Mahabbah : Kasih kepada Allah SWT dengan mengingati-Nya pada setiap masa dan keadaan.

📌 Mengingati Mati : Sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.

Semoga kita tergolong daripada kalangan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat mahmudah yang terpuji ini. Insya-Allah.


**🌿 KISAH THOLHAH BIN UBAIDILLAH رضي الله عنه**

🌿 KISAH  THOLHAH BIN UBAIDILLAH رضي الله عنه SAHABAT MULIA, PEMBERANI, DERMAWAN, DAN PEMBELA RASULULLAH ï·º Di antara sahabat Ras...