AMALAN MUNAJAT يَا لَطِيفُ

AMALAN MUNAJAT  يَا لَطِيفُ 

Amalan ini dibina atas asas takhalli (pengosongan jiwa), tahalli (pengisian dengan zikir), dan tajalli (pembukaan rahmat ﷲ). Ia sangat sesuai diamalkan bagi mereka yang menghadapi kesempitan hidup, tekanan jiwa atau mencari jalan keluar yang tidak terlihat.
1)  Mulakan dengan duduk dalam keadaan tenang, suci dan penuh adab. Hadirkan niat:
“Aku berzikir kerana ﷲ, untuk menyerahkan segala urusanku kepada ﷲ Yang Maha Lembut.”

Kemudian bacalah:
يَا لَطِيفُ
Sebanyak 1000 kali
Bacalah dengan perlahan dan berterusan. Jangan tergesa-gesa.
Biarkan setiap lafaz meresap ke dalam hati.
Pada permulaan mungkin lidah yang bergerak.
Selepas beberapa ratus kali, biarkan hati mula menyebut.
Dan pada penghujungnya, seolah-olah seluruh diri tenggelam dalam makna “لطيف”.
2) Cara Menghayati Zikir 1000 Kali Ini
Setiap kali menyebut يَا لَطِيفُ, hadirkan makna:
Rasakan yang ﷲ menguruskan segala sesuatu dengan cara yangDalam paling halus. 
Rasakan ﷲ memberi tanpa disedari
Rasakan ﷲ membuka jalan tanpa diketahui puncanya. 
 
Jika hati sempit, teruskan.
Jika air mata mengundang, biarkan.
Itulah tanda hati mula hidup.
3) Setelah selesai 1000 kali, masuk kepada doa dengan penuh tunduk:
يَا لَطِيفًا بِخَلْقِهِ، يَا عَلِيمًا بِخَلْقِهِ، يَا خَبِيرًا بِخَلْقِهِ، أَلْطُفْ بِي 
يَا لَطِيفُ يَا عَلِيمُ يَا خَبِيرُ
“Wahai Yang Maha Lembut terhadap makhluk-Nya, Wahai Yang Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya, Wahai Yang Maha Mengetahui secara mendalam segala keadaan makhluk-Nya, berlembutlah kepadaku, wahai Yang Maha Lembut, wahai Yang Maha Mengetahui, wahai Yang Maha Mengetahui secara terperinci.” (Dibaca sebanyak tiga kali) 
Ketika menyebut:
يَا لَطِيفًا بِخَلْقِهِ
Rasakan ﷲ mengatur hidup kita dengan penuh kasih yang tersembunyi. 

يَا عَلِيمًا بِخَلْقِهِ
Yakin bahawa setiap kesusahan kita diketahui secara sempurna. 
يَا خَبِيرًا بِخَلْقِهِ
Sedari bahawa ﷲ tahu luka paling dalam yang tidak mampu kita ungkapkan. 

Kemudian ketika menyebut:
أَلْطُفْ بِي
Serahkan segalanya tanpa syarat
Seolah-olah berkata:
“Aku tidak tahu jalan, namun ENGKAU Maha Mengetahui”
4) Akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ تَوَلَّ أُمُورِي بِلُطْفِكَ، وَاكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
"Ya ﷲ uruskanlah segala urusanku dengan kelembutan-Mu, cukupkanlah aku dengan yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada selain-Mu.”
5) Waktu Amalan Paling Kuat
Sepertiga malam, ini waktu paling memberi kesan. 
Selepas Subuh, untuk membuka hari dengan rahmat. 
Ketika hati gelisah, jangan tunggu tenang baru berzikir. 
Ada orang mencari jalan keluar dengan kekuatan. 
Ada yang mencarinya dengan perancangan. 
Tetapi hamba yang mengenal اللطيف. 
Dia duduk, berzikir, dan ﷲ membuka jalan dengan cara yang tidak pernah terlintas di fikirannya. 
Amalkan dengan istiqamah. 
Bukan banyaknya lafaz yang memberi kesan
Tetapi hadirnya hati yang menyerah sepenuhnya kepada ﷲ. 

Diizin amal. Ajaztukum.

**🌿 KISAH THOLHAH BIN UBAIDILLAH رضي الله عنه**

🌿 KISAH  THOLHAH BIN UBAIDILLAH رضي الله عنه SAHABAT MULIA, PEMBERANI, DERMAWAN, DAN PEMBELA RASULULLAH ﷺ Di antara sahabat Ras...