Obat Lelah

Best penerangan Ustaz Harfiz Ibn Asadullah Al-Banjari

Ni mommy suruh Qalbi buatkan poster santekkk & senang 

Satu Sunnah Tahajud yang Ramai Terlepas Pandang
—————-—————-—————-—————-

Ramai orang melihat Tahajud pada satu titik sahaja:

😴Bangun malam πŸ‘‰πŸ»Ambil wuduk 🧎🏻Solat

Okk Dahhh Selesai…

Tetapi apabila kita meneliti bagaimana Rasulullah SAW bangun malam, kita akan dapati sesuatu yang sangat menarik:

Nabi tidak terus berdiri untuk solat.

πŸ‘‰πŸ» Ada proses.

πŸ‘‰πŸ» Ada persediaan.

πŸ‘‰πŸ» Ada pendidikan jiwa sblm bertemu Allah.

Dan di sinilah letaknya satu pelajaran besar yang sangat relevan untuk manusia moden yang hidup dalam keadaan tergesa-gesa.

Kita mahu hasil besar.

Tetapi sering melupakan proses kecil yang membentuk jiwa.

Dalam banyak riwayat, Nabi SAW lazimnya bangun pada pertengahan malam. Tidak terlalu awal, tidak terlalu lewat. Ini juga memberi isyarat penting bahawa kekuatan qiyamullail bukan hanya pada semangat, tetapi pada pengurusan hidup.

Sebab itu Nabi tidak menyukai budaya berjaga terlalu lewat selepas Isyak tanpa keperluan.

Hari ini kita bergelut dengan satu masalah besar:

🀳🏻 Tidur lambat kerana telefon.

πŸ’†πŸ»‍♂️ Bangun lambat kerana keletihan.

Kemudian berkata:

“Susah nak Tahajud.”

Hakikatnya, kadang masalah Tahajud bukan pada malam.

Tetapi pada disiplin sebelum malam.

Sunah pertama Nabi apabila terjaga daripada tidur sangat menarik.

πŸ‘‰πŸ» Baginda tidak terus bangun berdiri.

πŸ‘‰πŸ» Baginda duduk terlebih dahulu.

Nampak kecil.

Tetapi sebenarnya besar.

Dalam dunia kesihatan moden pun, bangun secara mengejut boleh memberi kesan kepada sistem badan, terutama tekanan darah dan keseimbangan tubuh.

Nabi mengajar satu prinsip penting:

🫢🏻 Jiwa dan tubuh perlu disediakan sebelum pertemuan besar.

Kadang kita juga begitu dalam hidup.

😬 Terlalu tergesa membuat keputusan.
😲 Terlalu cepat bereaksi.
πŸ«ͺ Terlalu pantas melompat dlm masalah.

Sedangkan sunnah mengajar:

😌 Berhenti sejenak.
😊 Tenangkan diri.
πŸ˜‰ Susun kesedaran.
πŸ™ŒπŸ» Kemudian Nabi mengusap wajah atau mata untuk menghilangkan sisa mengantuk.

Kelihatan sederhana…. Tetapi jika diniatkan untuk mengikuti sunnah, ia berubah daripada rutin biasa kepada ibadah yang menghidupkan timbangan amal πŸ’

Inilah keindahan Islam.

Perkara yang nampak kecil di sisi manusia, boleh menjadi besar di sisi Allah apabila diikat dengan niat yang benar.

Kemudian datang satu amalan yang sangat besar nilainya tetapi sering diabaikan:

Membaca ayat-ayat terakhir Surah Ali Imran.

Ayat-ayat ini bukan sekadar bacaan pembuka sebelum Tahajud.

Ia ialah ayat tadabbur.

Ayat yang mengajak manusia merenung langit, bumi, pergantian malam dan siang.

Allah seolah-olah mendidik manusia:

Sebelum bercakap dengan-Ku dalam solat…

tenangkan akalmu dahulu dengan merenung tanda-tanda kebesaran-Ku.

Perhatikan metodologi Nabi.

Sebelum Tahajud:

πŸ’š ada kesedaran.
🩷 ada tadabbur.
🩡 ada pengosongan jiwa.
🧑 ada persiapan mental.

Ini sangat berbeza dengan budaya moden kita.

😴 Bangun tidur.
🀳🏻 Terus capai telefon.
πŸ“ Semak mesej.
πŸ“² Lihat media sosial.
πŸ“° Baca berita. 
🧠 Otak terus sarat.

Kemudian kita mahu hadir khusyuk dalam solat.

Tidak pelik jika tubuh berada di sejadah, tetapi minda masih berselerak.

Mungkin kita perlu belajar semula satu seni yang hilang:

Menyediakan hati sebelum menghadap Allah πŸ’

Praktikalnya mudah.

✅ Tidur lebih awal.

✅ Kurangkan skrin sebelum tidur.

✅ Bangun malam, duduk dahulu.

✅ Ambil beberapa saat untuk sedar bahawa Allah sedang memanggil.

✅ Usap wajah.

✅ Baca beberapa ayat al-Quran.

✅ Biarkan hati perlahan-lahan bangun bersama tubuh.

Kerana Tahajud :-

‼️ Bukan sekadar bangun malam.

‼️ Tetapi proses membangunkan jiwa.

Dan mungkin persoalan besar bukan:

“Mengapa susah bangun Tahajud?”

Tetapi:

“Sudahkah aku menyediakan hidup yang memudahkan aku dijemput Allah pada waktu malam?”

Itulah.

#Dc_Srikandi Bantaran
#MommySharing

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.

**🌿 KISAH THOLHAH BIN UBAIDILLAH رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡**

🌿 KISAH  THOLHAH BIN UBAIDILLAH رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ SAHABAT MULIA, PEMBERANI, DERMAWAN, DAN PEMBELA RASULULLAH ο·Ί Di antara sahabat Ras...